Hotline KKM Beroperasi 24 Jam

Hotline KKM Beroperasi 24 Jam

Bagi mereka yang ada sebarang pertanyaan mengenai Korona virus 2019 (covid-19), satu talian khas telah dibuka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Talian yang beroperasi 24 jam ini khas untuk krisis ini.

Anda boleh menghubungi

03-888 10 200 atau

03-888 10 600 atau

03-888 10 700 atau

melalui aplikasi WhatsApp

+6010-9699 435 atau +6010-860 8949

hotline kkm

Waktu Perniagaan Terhad Di Kemaman

Waktu Perniagaan Terhad Di Kemaman

Berikutan keadaan yang semakin tidak terkawal, Majlis Perbandaran Kemaman melalui FB Rasmi mereka telah mengeluarkan arahan mengehadkan waktu operasi bagi semua perniagaan.

Waktu dan jenis perniagaan yang dibenarkan adalah seperti dibawah dan diharap semua warga Kemaman mengambil serius mengenai perkara ini. Senang cerita, selepas jam 6 petang hampir semua perniagaan tidak akan beroperasi kecuali Klinik. Jadi pakat duk dumoh saja yer.

Majlis Perbandaran Kemaman

 

 

Keadaan Pasar Borong Gong Pauh Tidak Terkawal

Keadaan Pasar Borong Gong Pauh Tidak Terkawal

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu membuat tinjauan di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu dan mendapati ianya tidak terkawal dan membolehkan menjadi tempat penyebaran virus Covid-19.

 

Pasar Borong Gong Pauh

 

Keadaan tidak terkawal di Pasar Borong Gong Pauh. Oleh itu pihak MBKT telah menetapkan waktu operasi perniagaan adalah pada pukul 3.00 pagi sehingga 9.00 pagi sahaja. Jika arahan ini tidak dipatuhi, MBKT tidak teragak-agak untuk menutup operasi Pasar Borong Gong Pauh ini sehingga 31 Mac 2020

 

pasar borong gong pauh

Sumber : FB MBKT