Jumlah kes di Terengganu meningkat 2 kes berbanding semalam. Kurangkan pergerakan Dan duduk Dalam rumah
Month: March 2020
Covid-19 25/03/2020 Terkini, Terengganu, Malaysia

Jumlah kes bertambah sebanyak 172 kes dan kematian bertambah 3 kes setakat jam 5 petang, 25hb Mac 2020.
Negeri Terengganu mencatatkan sifar kes untuk hari kedua berturut. Doakan yang terbaik untuk Malaysia, negaraku dan Terengganu.
Hotline KKM Beroperasi 24 Jam
Hotline KKM Beroperasi 24 Jam
Bagi mereka yang ada sebarang pertanyaan mengenai Korona virus 2019 (covid-19), satu talian khas telah dibuka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Talian yang beroperasi 24 jam ini khas untuk krisis ini.
Anda boleh menghubungi
03-888 10 200 atau
03-888 10 600 atau
03-888 10 700 atau
melalui aplikasi WhatsApp
+6010-9699 435 atau +6010-860 8949
Waktu Perniagaan Terhad Di Kemaman
Waktu Perniagaan Terhad Di Kemaman
Berikutan keadaan yang semakin tidak terkawal, Majlis Perbandaran Kemaman melalui FB Rasmi mereka telah mengeluarkan arahan mengehadkan waktu operasi bagi semua perniagaan.
Waktu dan jenis perniagaan yang dibenarkan adalah seperti dibawah dan diharap semua warga Kemaman mengambil serius mengenai perkara ini. Senang cerita, selepas jam 6 petang hampir semua perniagaan tidak akan beroperasi kecuali Klinik. Jadi pakat duk dumoh saja yer.
Keadaan Pasar Borong Gong Pauh Tidak Terkawal
Keadaan Pasar Borong Gong Pauh Tidak Terkawal
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu membuat tinjauan di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu dan mendapati ianya tidak terkawal dan membolehkan menjadi tempat penyebaran virus Covid-19.
Keadaan tidak terkawal di Pasar Borong Gong Pauh. Oleh itu pihak MBKT telah menetapkan waktu operasi perniagaan adalah pada pukul 3.00 pagi sehingga 9.00 pagi sahaja. Jika arahan ini tidak dipatuhi, MBKT tidak teragak-agak untuk menutup operasi Pasar Borong Gong Pauh ini sehingga 31 Mac 2020
Sumber : FB MBKT